


Tuesday, 16 April 2013 | 19:37 | 2 comments
Assalamualaikum ..
harini 25 february 2013 , tarikh yang akan diingati sampai bebila ,
tarikh yang takkan pernah luput dek ingatan keluarga aku ,
tarikh yang membuatkan aku , keluarga aku kehilangan ….
25 FEBRUARY 2011..
arwah angah meninggal dunia , genap dua tahun arwah tinggalkan kitorang
arwah angah meninggal hari jumaat pagi , masa tu aku masih lagi sekolah , form5 .
Biasanya , hari hari aku akan bawak phone pergi sekolah , yelahh budak degilkan hm
tapi hari jumaat tu aku tak bawak , entah kenapa aku rasa malas nak bawak ,
masa kat sekolah pulak , aku tak habis habis cerita pasal arwah angah kat Atilia.
tengah aku bercerita tu , tetiba Nabilla datang class , panggil aku nangis nangis
katanya ada something important
yang dia nak cakap , aku pun macam haa yelah , tak syak apa apa lah kan ,
sekali dia hulur phone dia kat aku , dia suruh baca message tu
“Bella , tolong bagitahu dilla abang dia accident , arwah !”
.
.
.
masa tu aku tak mampu nak cakap apa , tergamam , aku terduduk , lemah satu badan ,
aku tak kuat nak berdiri , aku melangkah ke kelas bagaikan jasad yang tak bernyawa ,
lutut aku tak kuat nak berdiri , tuhan saja yang tahu betapa lemahnya aku masatu ,
aku masuk kelas semua orang pandang aku , yang aku tahu masa tu , aku nak balik ,
nak balik , nak jumpa arwah angah ..
aku call Ude guna Public Phone suruh amek aku kat sekolah , then balik orang ramai dah kat rumah , masa tu rasa macam ya Allah , betul ke apa yang aku alami ni ….
Dan lepas arwah selamat dikebumikan , sejujurnya ..
seumur hidup aku , aku tak pernah nampak paa nangis , tu yang pertama kali
aku nampak paa nangis teresak esak hmmmm …
lepastu kehidupan kitorang sekeluarga berubah ...
sunyi … hmmm dah takde lagi gelak tawa macam dulu , mungkin gembira tapi tak macam dulu .
Dulu , petang petang arwah selalu bawah motor dia depan rumah , hari hari pulak tu ,
asal balik kerja je mesti basuh motor tu even tak kotor ,
tengok lah betapa sayangnya arwah pada motor tu , katanya itu hasil titik peluh dia …
arwah angah tak pernah kedekut dengan adik beradik , kalau bab mintak duit
aku lah yang paling selalu mintak , arwah tak cakap apa apa pun ...
Dulu , tiap kali aku tengah basuh pinggan, arwah mesti dengki , tarik rambut aku lah , tepuk dahi lah , mentang mentang tangan aku tengah kotor kan , so tak dapatlah nak balas dia buat apa ,
kalau jalan sebelah aku tak sah kalau tak usik , ade je benda nak dibuatnya ,
tak tarik rambut , tepuk dahi -.- dan sebelum arwah meninggal , birthday aku tu arwah orang pertama wish birthday aku , dia pegang kepala aku then cakap
“harini birthday laa kan ? Happy birthday , sorry angah takde hadiah nak bagi sebab
angah belum gaji ..”
sampai mati aku akan ingat benda ni , PASTI !
Aku tak rapat dgn abg wan , sebab kitorang tak sekepala , selalu sangat gaduh ,
adik beradik yang paling aku rapat cuma Ude dengan adik aku Fendi tu je .
hmmmm …. sekarang tak ada siapa dah nak buli aku macam
arwah selalu buat dulu .. bila ingatkan balik , rindu sangat masatu :')
walaupun arwah dah tak bersama kitorang , kitorang tak pernah lupakan angah ,
nak nak mak aku , hmmm selalu panggil abg wan “angah”
maybe dia dah terbiasa , angah harapan keluarga , bila angah takde , macam entahlah ,
tak tahu nak describe macam mana , dan disebabkan angah jugak , aku berubah , aku mula bertudung tu semua hm dah tak degil lagi dah macam dulu :')
In Shaa Allah … and harini 16 April 2013..
sanah helwah ZULKIFLI BIN ISMAIL , semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempat kan dikalangan orang orang yang beriman , amin . fi hifzilla ya Allah :')
AL-FATIHAH …...