


Saturday, 17 August 2013 | 01:19 | 2 comments
Assalamualaikum
Muslimah itu ..
terkadang gelak kuat tak henti-henti .
terkadang juga minum berdiri .
terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi .
terkadang pakai stokin mula dari kaki kiri .
terkadang main redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari .
Muslimah itu ..
terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi .
terkadang air matanya menitis laju tak terperi .
terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun lagi .
terkadang rasa marah menguasai diri , sampai rasa nak lempang orang lelaju without mercy .
Muslimah itu adalah manusia biasa .
yang tak lari dari segala bagai perasaan manusia .
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba .
yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya .
yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa ..
kerana apa ? kerana dia juga manusia BIASA ..
Apa-apa pun , yang pastinya Muslimah itu sentiasa bangkit bila jatuh .
sentiasa cuba gembirakan orang lain walaupun hatinya sendiri remuk .
sentiasa cuba untuk improve diri ke arah yang di redhai ,
dari semasa ke semasa tanpa henti .
walaupun terkadang dia tersungkur , itu bukan kerana dia lemah .
tapi itu krana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula , jadi kuat dari sebelumnya .
Kerana dia berusaha untuk menjadi
bidadari DUNIA dan juga di AKHIRAT sana . InsyaALLAH